Tuesday 27 April 2021

Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Perpaduan

 

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN




PENGENALAN

  •  Setiap negara yang dibentuk mempunyai perlembagaan yang tertulis dan mesti dipatuhi oleh semua warganegara sesebuah negara.
  •  Sebagai pelanggaran terhadap perlembagaan membolehkan seseorang dikenakan tindakan undang-undang yang berat.
  •  Hal ini kerana, perlembagaan merupakan keutamaan bagi sesebuah negara dan sangat disanjung oleh rakyat kerana perlembagaan memastikan sistem bergerak dengan lancer serta teratur.
  •   Sebagai contoh perkembangaan Malaysia ia terbentuk hasil perjuangan tokoh-tokoh nasionalisme malayu dan bumiputera serta penglibatan kaum-kaum lain yang turut sokong perjuangan ini.

TUJUAN PERLEMBAGAAN


  • Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

  • Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.

  • Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan.


SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


PERTUBUHAN - Pada abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Muda, Kesatuan Melayu Perak dan lain-lain yang menjadi medium menentang penjajah.

PERJUANGAN KEBANGSAAN - Ketika penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang pihak lawan. Disamping itu, perjuangan pertumpahan darah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Inggeris, Jepun dan Belanda digerakkan melalui semangat kebangsaan.

TOKOH -  Selain itu, muncul pula tokoh-tokoh intelektual bagi menyedarkan orang Melayu supaya bangkit menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh tersebut ialah IBRAHIM YAAKOB, PAK SAKO, RAHIM KAJAI dan lain.

MEDIA MASSA - Wujudnya media massa seperti akhbar dan majalah yang berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti  Utusan Malaysia dan Warta Sarawak



CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


i)                    Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.

 

ii)                   Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.           

 

iii)                 Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.   

 

iv)                 Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:-


Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

 Bahagian II : Kebebasan Asasi Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian III : Kewarganegaraan Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini; berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana seseorang boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

BahagianIV : Persekutuan Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.

 Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V : Negeri-Negeri Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing.

 BahagianVI : Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

 Bahagian VII : Peruntukan Kewangan Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

 Bahagian VIII : Pilihan Raya Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Bahagian IX : Badan Kehakiman Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

 Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan Pejabat Peguam Negara.

 Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

 Bahagian XII : Am Dan Pelbagai Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

 Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak. Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.

 Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & Raja-Raja Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam Bahagian XIV.

 Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas ”.





 

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM


IMEJ NEGARA DAPAT DITINGKATKAN

·         Dapat dilihat dari sikap toleransi segelintir masyarakat dan sikap hormat-menghormati dalam  masyarakat.

 

MENJAMIN KEAMANAN NEGARA

·         Hal ini dapat mengelakkan berlakunya terjadi peristiwa 13 Mei 1969.

·         Selain itu, peristiwa berdarah rusuhan antara kaum Cina dan Melayu yang telah menggadaikan nyawa yang tidak bersalah.

·         Setiap kaum harus mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain agar persalahfahaman dapat dielakkan dari berlaku.









 KESIMPULAN

 

Pengubalan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses yang rumit dan hal ini menunjukkan bahawa Perlembagaan ialah perkara penting bagi sesebuah negara berdaulat.   Pembentukan  Perlembagaan  telah  menggariskan akta  dan  undang-undang  untuk  perjalanan  sistem pentadbiran  di  Malaysia.Ini  akan  mengelakkan rakyat Malaysia  daripada  melakukan  sesuatu  yang  boleh memusnahkan  dan  merosakkan  nama  baik  negara.Jika dilihat dari sudut pandangan yang lain, sebenarnya perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.

 






NAMA AHLI KUMPULAN :

  • SHAMINI A/P J. JANAKI RAMAN - ( 14DEV20F2011 )
  • NUR AMIRA ARMANIE BINTI MOHD AZHARI - ( 14DEV20F2026 )
  • MEGALADEVI A/P PREMANAND - ( 14DEV20F2801 )
  • NORNABILAH NAJWAH BINTI ZAINULABIDIN - ( 14DEV20F2020 )

NAMA PENSYARAH : Mohd Faizal B. Mat Pesa































13 comments:

Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Perpaduan

  PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN PENGENALAN   Setiap negara yang dibentuk mempunyai perlembagaan yang tertulis dan mesti dipatuhi...